Rabu, 17 Jun 2015

SUP AYAM

Assalamualaikum,


Rasanya sudah hampir setahun makcik tak update blog. Kekangan kerja dan masa. Makcik pun sekarang x selalu ke dapur. Nama pun makcik. Tua.... Tapi bila masuk Ramadhan ni, makcik kena gagahkan diri ke dapur. Bersilat kat dapur untuk sediakan hidangan bagi ahli keluarga di rumah. Sempat ke tak sempat, buat gak apa yang sempat. 

Ok, hari ni nak share resepi sup ayamlah. Ni hidangan utama sahur puasa pertama tahun ni.



Sup Ayam

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam dipotong kecil
Sebiji lobak merah dipotong sederhana
2 biji kentang dipotong 8
1 pelepah batang saderi dipotong sederhana
Sedikit kobis bunga di potong sederhana
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah kecil
Halia sebesar ibu jari
1 sudu kecil lada sulah biji 
Sedikit rempah tumis
1 ikatan sub bunjut
Garam dan perasa / 1 biji kiub ayam
Sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng (jika suka)

Cara menyediakan:

1. Tumbuk bersama 1 ulas bawang putih, 1/2 bahagian halia dan lada sulah hingga lumat.
2. Hiris bawang merah kecil, lebihan bawang putih dan lebihan halia.
3. Panaskan minyak dalam periuk lalu masukkan rempah tumis dan sup bunjut. 
4. Masukkan pula bahan hiris dimulai dengan bawang putih dan halia hingga kekuningan. 
5. Masukkan pula hirisan bawang merah kecil. Tumis hingga kekuningan.
6. Masukkan bahan yang ditumbuk dan tumis hingga kekuningan.
7. Masukkan air secukupnya lalu masukkan pula ayam. Biarkan mendidih.
8. Setelah mendidih, masukkan kentang, garam dan kiub ayam atau perasa. Masak lagi hingga kentang empuk.
9. Masukkan sayur-sayur dan masak sebentar.
10. Sup ini sedap dihidang jika kita taburkan juga hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Jangan lupa.... tuang pula sambal kicap. Resepi ada dalam blog makcik ni.

Okeh... selamat mencuba.

Isnin, 7 Julai 2014

AYAM MASAK KICAP STYLE JAWA

Testing testing.... haaa... makcik terdorong nak share resepi ni kerana kawan sekolah makcik, Suhara sibuk tanya kat group wassap kami siapa yang tahu resepi ni. Then, Ratna sibuk angkat nama makcik. Nak kena cubit Ratna ni kan... tak pe... meh la makcik share. Ni resepi bonda makcik... Makcik pun dah lama tak buatnya sebab hubby makcik tak suka ayam masak kicap style jawa. Dia kata agak kuat rasanya... Hai... orang N9 le katakan... So, ni dia, gambo tak de. Nanti la update gambo later.


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam dipotong 8- dibersihkan 
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dipotong bulat
1.5 inci halia
Sedikit lada sulah/lada hitam
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 biji lada basah merah- dibelah 2
Kicap masin secukupnya - stand by setengah botol kecil la
Sedikit cuka
Sedikit gula

Cara-caranya:

1. Gaul ayam dengan sedikit sahaja garam dan serbuk kunyit lalu goreng. Jangan garing tau. Biasa-biasa aje kerana kita mahu tekstur daging ayam yang lembut.
2. Ketepikan ayam yang telah digoreng.
3. Tumbuk bersama bawang merah, bawang putih, halia dan lada sulah/lada hitam.
4. Dalam kuali berasingan, masukkan sedikit minyak masak lalu tumis bahan tumbuk hingga naik bau/kekuningan.
5. Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Tumis sehingga naik bau.
6. Masukkan kicap dan sedikit air serta 1 sudu kecil cuka. Biarkan mendidih.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gula secukupnya. Masak hingga kuah agak pekat.
Jika suka kuah agak cair, tak payah masak lama sangat.
8. Masukkan lada basah merah dan bawang besar yang telah dipotong bulat. Gaul rata dan tutup api. itu aje...